Khamis, 29 November 2012

Kepentingan Ada Target Sebagai Seorang Trader

Assalam semua, petang ni aku nak bercerita mengenai ilmu,disiplin dan kepentingan ada target dalam trading kita. 3 Perkara ini merupakan perkara penting dan sangat2 memberikan kesan dalam menentukan kejayaan atau kegagalan kita sebagai seorang trader.

Berkenaan ilmu aku dah pernah cerita panjang lebar,so carilah ilmu dahulu k. Setelah ada ilmu,maka perlu berlatih,bukan terus terjun dalam trading. Ini sangat membahayakan kewangan dan modal kita. Mahukah kita bereksperimen dan loss modal? Maka kita perlulah berdisiplin dalam berlatih. Aku dinasihatkan berkali2 oleh Wafi akan hal ini,pada mulanya aku langgar tapi bila aku tgk kesannya pada kewangan dan modal aku,akhirnya aku akur...hehehe. So korang pun tolong la berlatih dulu. Aku beri masa pada diri aku sehingga hujung tahun ini dan In Shaa Allah akan mula live trade pada Januari 2013.

Disiplin juga penting dan seiringan dengan target. Bak kata rakan seguru yang ada kelebihan bermazhab kasyaf dalam trading, saudara Radzi, seperti di bawah

MINDA TRADER : SET TARGET

# kalau nak RM5K sebulan, kite kene buat RM5K/20 = RM 250 sehari
# nak dapatkan RM 250 sehari, kite kene konsisten dapat 10 point win sehari
# bila dah ade 10 point WIN, jangan mengada2 nak masuklagi KECUALI ada lebih daripada 5 bentuk evidence seperti WR setup, kiraan Elliot Wave, Fibo retracement, TL macam peluru masuk air dan lain2 lagi.

Kalau takde target, kite akan masuk entry sana-sini sesuka hati dan lebih byk LOSS berbanding WIN. 


So,di sini kita mesti kena disiplin dan ikut target kita. Contohnya, aku memang target untuk 7 point per trade for beginning. Dan aku perlu disiplin folo target aku. If dah dapat jangan masuk lagi. Untuk loss,jika sehari aku dah loss more than RM350,aku xkan masuk lagi.Stop loss aku plak aku kecilkan supaya ratio RRR (Risk Reward Ratio) tak terlalu jauh. So aku ikut kesesuaian ^^ Inilah benda yang sukar dibuat bila kita live trade,disiplin dan folo target dan tau bila nak berhenti jika loss.

FYI,Aku dah trade dengan latihan menggunakan WR setup yang betul maskuk hari ke- 9 dan dari 14 trade aku mulakan dengan mengaplikasikan ilmu Wafi, aku Win 11 dan Loss 3. 78% winning rate. Alhamdulillah. So aku akan terus berdisiplin dalam paper trade aku ini supaya aku boleh bawanya ke live trade. For next week,bulan 12 aku akan set target 11 point pulak. Kerana mmg target aku nak dapatkan just 10 clean point per trade so kena dapat 11, sbb 1 tu adalah kos brokerage. Jika berjalan lancar,In shaa Allah, Januari 2013 aku akan masuk trade dengan target 11 point per trade. Selepas konsisten dengan 11 point in, aku akan stay dengan 11, cuma lot je aku akan besarkan ^^ Thats my way, my trading system,you all can create your own system. Yang penting jangan dengki bila kawan popit banyak dapat 20 point sedangkan kita amik 11 je,itu adalah sistem dia. Kita ikut sistem kita. Dan bila tgk rege tiba2 je boleh kasi popit smpi 40 point,jgn sesekali bersedih atau mengeluh kerana kita ikut sistem kita ^^ Peringatan untuk aku sebenarnya..hehehe.


Rabu, 28 November 2012

Jurnal FCPO 29.11.2012


Assalam Semua,semalam 28.11.2012,aku ada kursus,jadi aku xdapat buat chart analysis.Tapi aku trade berdasarkan chart yang di post oleh member dalam group CPO kitorg. So yesterday, sesi pagi aku berjaya mendapatkan 7 point dgn short di 2405 dan TP di 2398. Seperti biasa 7 point. Mulai minggu depan aku akn cuba naikkan sasaran aku kepada 11 point plak. So untuk semalam nyer analisis,tiada chart yg dapat aku pertontonkan. Semalam sekali lagi CPO bergerak tak mengikut SBO yang naik kow2 semala.CPO relax je,dia jatuh naik xde kenaikan mendadak.Pagi ni plak SBO turun mendadak lebih kurang 40 point.

Hari ni aku buat latihan berdasarkan 2 entry.1 entry berdasarkan WR + Kasyaf si Radzi (kena blaja ngan dia kalau nak tau) yang kedua 100% pure WR Wafi ^^ So tuk entry satu aku short PO awal di 2377,SL di 2389,dan utk entry kedua aku short PO
di 2369, SL2381. So kita tgk keputusannya ^^. Kedua2 Entry target aku 7 point macam biasa ^^




Aku menaikkan SL for entry 1 ke 2391 dan pada masa ni WR buy dah setup for counter trend,tapi aku xmasuk ler..haha.
Entry 1 dah TP 7 point di 2370 ^^. Entry 2 Hit di 2369 tapi aku dah xmasuk la sbb dah kat hujung2 n aku dah TP pagi. Tunggu signal ptg plak ^^
Petang CPO buat gila..Gila yang menguntungkan aku la..hahaha. Klua signal WR buy kat tf 5 min. Walaupun [pagi dia jatuh banyak, Sebab dia xmau jatuh lagi,mean buy kuat sebenarnya, so bila klua signal WR buy aku PO di 2386 dan TP di 2393. then aku short plak di 2393 sbb signal WR sell muncul tuk counter trend dapat TP 5 point plak..Then aku Long plak kat 2404,tapi yang ni berendam la..ada bau2 nak loss gak ni..Disebabkan aku on paper trade jd aku msuk je semua entry yg ada WR signal ^^ Aku amik tak banyak,7 kalau ikut trend, 5 kalau counter trend ^^. 


Memang loss entry yang last..haha..Mengikut disiplin aku,hanya 2 entry yang valid,iaitu pagi td dan first entry petang td..Kalau dalam real trade mmg aku hanya akan pastikan aku disiplin masuk sekali setiap trade session. Tapi disebabkan kita berlatih,kita kena buat sebanyak mana entry yg kita nampak dan bila loss kita kena kaji kenapa loss. So untuk entry ni mmg patut loss sbb bila dah naik banyak mendadak,mesti akan ada point dia rest@ retrace pullback,so jgn masuk at the top.Just wait for the signal. Entry ketiga yang counter tu pun aku just berlatih masuk..dalam real trade aku akan hanya buat bila popit aku dah banyak ^^ So total popit aku pagi 7 dan ptg 7 = 14. Lumayan kan..So ni Pic latihan aku hari ni ^^ (Disiplin Itu Penting dalam trade)



Isnin, 26 November 2012

Jurnal FCPO 27.11.2012

Assalam semua, bagi sesi pagi hari ni,aku menjangkakan open gap atas dalam 10-20 point..Dan dengan izin Allah mmg dia gap atas dalam 10 point beza closed smlm dgn open hari ni...So aku mencari setup WR buy sahaja sebab major trend skrg di tf kecil adalah uptrend..Tp, Yang muncul adalah setup WR Sell..hehe..FYI, major trend di TF besar mmg masih lagi sell..Oleh sebab aku nak berlatih folo trend je,aku xmasuk trend short coz dia consider counter trend. Dan dia turun banyak dalam 36 point dr high hari ni..hehe..Terlepas 11 point den ^^. Tapi xpe,ini menunjukkan WR entry sangat selamat dan almost tepat.
Pada aku ini mungkin retracement dia la..So ni Pic Trading pag td di tf 5 min ^^

Sesi pagi
ni dari semalam nye setup
Bagi Sesi petang, pencarian WR Buy setup aku berhasil. Maka dapat la hasil petang ni.. Macam biasa target dalam 7 point je tercapai Alhamdulillah.Aku Long di 2420,kalau ikut setup long muncul di 2416 but aku xmasuk sbb previous high kat 2417..Takut dia nak test je..so aku amik +3..hehe,patutnya +2 pun dah cukup,tapi nak lagi selamat punya pasal so aku entry kat 2420.Tp di 2427 dalam 25 min.


Dan ini graf setelah dia closed..Pergh,tak terjangka akal aku,Soya naik kow2 kow CPO jatuh kow2 plak..pelik2..hehe.Actually,WR setup muncul tuk sell position dan aku xmasuk sbb aku just folo trend dulu,xmau counter.Tp kalau korang tgk,dia xbreak TL langsung tuk TL yg sapot bearish tu ^^



Ahad, 25 November 2012

Journal FCPO 26.11.2012

Assalam semua.Bertemu lagi di blog aku pada hari pertama minggu ini. Pagi ni,berdasarkan perancangan awal aku,walaupun major trend mencari Short position,tetapi di tf kecil menyokong long position. Ditambah pula soya yang naik banyak,dan aku menjangkakan CPO gap atas kow2 masa opening, sekali bila nak dekat open gap yg dijangka dalam 40 ke 80 point xmenjadi,hanya sekitar 30 point shj max, dan beza gap just hanya 7 point. Ini disebabkan soya menurun semasa Opening CPO.

So pagi ni pagi bertuah tuk aku sbb dapat entry awal pg iaitu pada long di 2412, TP nye di 2419..Yup,, hanya 7 point sahaja. Aku sertakan pic di bawah untuk tatapan. Disebabkan hari ni aku bertugas di pejabat,position kedua, aku xdapat masuk yang mana boleh menyumbang lagi sekurang2nya 7 point ^^ Tetapi nak wat camne,bukan rezeki ^^ Kedua2 entry menggunakan teknik WR Setup dan TL..Aku sepatutnya TP bg entry long dalam 11 point,tp sbb aku target dia leh fly lagi aku tnggu sehinggalah dia break TL dengan jelas,baru aku cabut,dapatlah 7 point ^^ Area kuning adalah area aku TP setelah break TL.


Dan pic di bawah entry aku pada sesi petang. Entry ni WR nye betul tapi aku ada sedikit high risk..Aku entry Long di 2421, dan aku xperasan ada resistance di 2423. Sepatutnya untuk entry selamat mestilah di 2425 iaitu 2 point di atas resistance. Hehe,tapi apepun 2421 dan 2425 tetap berendam dekat sejam gak la ^^.. dan semasa itu muncul entry WR paling selamat iaitu 2427 ^^  Alhamdulillah janji TP 7 point di 2428 tercapai ^^



Khamis, 22 November 2012

FCPO Journal 23.11.2012

Assalam semua. Harap semua sihat dan dalam perlindungan Allah.

OK,setelah ketinggalan semalam mendapat sekurang2nya 20 point pada sesi petang,hari ini im back dgn analisis baru sebelum market open. Kegagalan semalam adalah disebabkan hilang keyakinan terhadap sistem sendiri disebabkan sesi pg semalam loss. Jadi dalam meembentuk sistem sendiri,kita mesttilah menanam sifat percaya kepada sistem kita semasa win atau loss.Disiplin dalam trading dan believing your own system,itulah yang saya lakukan sepanjang latihan ini.
Ok ini merupakan analisis baru saya :

TF Monthly- Downtrend, still with rejection bearish candle kaki pjg bawah,menunjukkan tanda2 nak retrace dulu..

TF weekly -hasil retracement dapat dilihat ,dan sudah mula ditendang ke bawah.2nd last candle adalah bullish candle.retracement dijangkakan ke 2465 - 2532 min jika kuat.Actually dia dah g ke 2485..so maybe mmg akan terus kejatuhan.tgk WR setup lah.


TF Daily -Previous WR sell setup still strong,downtrend still strong. im thinking of new setup of LL on the way.because im thinking that NEw LH is already complete. Target price for new LL is around 2215 min - 1947 max


TF 1h - Last candle bearish rejection candle kaki pjg bawah.same with 30 minutes.So untuk small time frame,target ada retracement dulu,before cr WR sell.Actually WR sell setup masih valid..Target retrace dari 2411 ke 2460 (my strong opinion on 245x) sebelum jatuh semula...


So kesimpulannya di TF kecil mungkin akan jumpa WR buy setup for counter but i will only looking for WR sell setup.Following the trend ^^
Jangkaan harga akan mula mencari sapot baru selepas retrace.. min akan jatuh ke 2381. Sekian analisis saya pada hari ini ^^



TF Daily

TF 30min
TF 5 min (Ada potensi Counter trend max target ke 2428 - 2450)
Sampai closing takdak signal tuk aku masuk.PO aku kat 2378 xkena langsung ^^.So bila petang,tiba2 dia gap up,so aku target retracement dah nak lengkap,tambahan dia buat rejection candle open ptg tf 5 min..So based on plan aku ada 2 entry seperti gambar.Pada masa ini satu dah TP,tnggu yang pg td nye entry plak ^^

TP kat 2386 sebab dia break TL dah,so aku buat keputusan TP 11 point dulu.


Rabu, 21 November 2012

FCPO Journal 22.11.2012

Assalam semua hari ni..
Perghh,hari ni dari pagi aku rasa pening tgk market.. Signal aku xmuncul2 tp dia buat kejatuhan,hari ni plak Soya cuti.. Tunggu punya tunggu, akhirnya di tf 1h dah complete WR Sell setup so aku mencari entry di hujung2 closing.dalam jam12.10 baru muncul signal nak PO Short di 2421, ready SL di 2431 seperti gambar di bawah. So kita lihat la kesannya ^^


PO aku dah hit, dan ianya berlaku jam12.26. Boleh refer pic di bawah. Yang ni aku takut sikit sbb aku akan bring over open market ptg.Disebabkan soya tutup,maka xde sentimen yang mempengaruhi pergerakan CPO ptg ni..Dan dia buat rejection candle kaki panjang bawah bullish..Mmg ngeri..Menakutkan!!!Hehe, See you all petang karang. Harapan aku skrg sbb dia xbreak lagi TL Major tu je,Kalau dia gap atas,maybe aku akn loss lebih besar dari SL aku....


Sudah kena..Lost Lagi..Duduk tepi sudah pasni..Hahaha..Aku loss 10 point..Mmg dangerous la pada aku kalau nak letak PO before closed..So maybe lepas ni aku takkan masuk bila dah dekat closed melainkan ada eviden yang dia pasti jatuh. Lgpun candle last buat rejection,aku mmg dah terbayang loss ^^ So aku rasa, antara pengajaran hari ini ialah. Petang ni aku mungkin cuba sekali lagi mencari sell setup sbb di 1h dah complete Sell WR setup.

Loss 10 point ^^
Aku rumuskan kesilapan aku:
1. PO dekat dgn market closed.For newbie macam aku belum mahir membaca momentum,should avoid it.
2. Actually dia dah break satu TL di TF 5 min..ikut law mana boleh masuk..Silap besar.
3. Last candle buat rejection Kaki panjang atas..

Sesi Petang lagi saket kepala.Pening.Market ding dong ^^ Adoiyai..Lama gila sideways.Tak dak momentum



Apabila terlalu lama sideways, tiba2 CPO mengganas tanpa memberi salam ^^ Kalau ikutkan aku ada WR Sell setup PO di 2427 ^^ Oleh sebab sideways lama sangat, aku pun cancel je paper trade hari ni.rupa2nya berhasil ^^ hahaha,xde rezeki namanya ^^ Memang berdasarkan anlisis awal hari ini pada aku ianya sepatutnya jatuh sebab semua TF besar memberikan signal Short termasuk di tf kecil spt 1h,30 min dan 15 min. Ape pun hari ini, ada la beberapa perkara yang aku pelajari ^^ Believe in your system ni losses time and winning time ^^


Akhirnya dia closed di 2411 ^^ Esok pulak jumpa lagi ^^




Selasa, 20 November 2012

Promosi Kelas Sifu Den Tuan PenjejakX

Kepada yang modal kecik,xmampu nak ke kelas yang mahal, yg ni aku cadangkan khas tuk newbie bg basic knowledge. Mantap dr Full Time Trader, Sifu Den Tuan PenjejakX. Leh add dia di fb.Harga RM300 dr pagi sampai petang

Ni aku ambik info dr wall dia.kalau minat leh register pada beliau k ^^

Assalamu'alaikum semua.

Sesi Sharing & Coaching Session on Technical Analysis akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 16 December 2012, Ahad
Masa : 9.30 am - 5.30 pm
Tempat : Bilik Seminar, CESMED UKM, Tingkat 3, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Fee : RM300 sahaja (termasuk modul dan makan/minum)

Kepada yang berminat, sila message ke FB saya atau email ke penjejakx@yahoo.com untuk tujuan pembayaran.

Terima kasih.

Kandungan Kelas:

Pengenalan
- Pengenalan Pasaran Hadapan dan Pasaran Saham
- Asas Pasaran
- Kitaran ekonomi
- World Market & US Market – Nasdaq, S&P, DowJones, HSI, SGX
- Commodities Market – Soyabean Oil, Crude Oil, Gold

Pengenalan FCPO
Charting & Software Coaching
Analisa Fundamental
Trading Account & Charting Software
Analisa Teknikal
Chart Pattern
Support and Resistances
Teknikal Indikator (Lagging vs Leading)
Entry and Exit Setups
Finance Manegement
Understanding Market:
Psikologi dalam Trading
Trading Simulation and Practical