Khamis, 29 November 2012

Kepentingan Ada Target Sebagai Seorang Trader

Assalam semua, petang ni aku nak bercerita mengenai ilmu,disiplin dan kepentingan ada target dalam trading kita. 3 Perkara ini merupakan perkara penting dan sangat2 memberikan kesan dalam menentukan kejayaan atau kegagalan kita sebagai seorang trader.

Berkenaan ilmu aku dah pernah cerita panjang lebar,so carilah ilmu dahulu k. Setelah ada ilmu,maka perlu berlatih,bukan terus terjun dalam trading. Ini sangat membahayakan kewangan dan modal kita. Mahukah kita bereksperimen dan loss modal? Maka kita perlulah berdisiplin dalam berlatih. Aku dinasihatkan berkali2 oleh Wafi akan hal ini,pada mulanya aku langgar tapi bila aku tgk kesannya pada kewangan dan modal aku,akhirnya aku akur...hehehe. So korang pun tolong la berlatih dulu. Aku beri masa pada diri aku sehingga hujung tahun ini dan In Shaa Allah akan mula live trade pada Januari 2013.

Disiplin juga penting dan seiringan dengan target. Bak kata rakan seguru yang ada kelebihan bermazhab kasyaf dalam trading, saudara Radzi, seperti di bawah

MINDA TRADER : SET TARGET

# kalau nak RM5K sebulan, kite kene buat RM5K/20 = RM 250 sehari
# nak dapatkan RM 250 sehari, kite kene konsisten dapat 10 point win sehari
# bila dah ade 10 point WIN, jangan mengada2 nak masuklagi KECUALI ada lebih daripada 5 bentuk evidence seperti WR setup, kiraan Elliot Wave, Fibo retracement, TL macam peluru masuk air dan lain2 lagi.

Kalau takde target, kite akan masuk entry sana-sini sesuka hati dan lebih byk LOSS berbanding WIN. 


So,di sini kita mesti kena disiplin dan ikut target kita. Contohnya, aku memang target untuk 7 point per trade for beginning. Dan aku perlu disiplin folo target aku. If dah dapat jangan masuk lagi. Untuk loss,jika sehari aku dah loss more than RM350,aku xkan masuk lagi.Stop loss aku plak aku kecilkan supaya ratio RRR (Risk Reward Ratio) tak terlalu jauh. So aku ikut kesesuaian ^^ Inilah benda yang sukar dibuat bila kita live trade,disiplin dan folo target dan tau bila nak berhenti jika loss.

FYI,Aku dah trade dengan latihan menggunakan WR setup yang betul maskuk hari ke- 9 dan dari 14 trade aku mulakan dengan mengaplikasikan ilmu Wafi, aku Win 11 dan Loss 3. 78% winning rate. Alhamdulillah. So aku akan terus berdisiplin dalam paper trade aku ini supaya aku boleh bawanya ke live trade. For next week,bulan 12 aku akan set target 11 point pulak. Kerana mmg target aku nak dapatkan just 10 clean point per trade so kena dapat 11, sbb 1 tu adalah kos brokerage. Jika berjalan lancar,In shaa Allah, Januari 2013 aku akan masuk trade dengan target 11 point per trade. Selepas konsisten dengan 11 point in, aku akan stay dengan 11, cuma lot je aku akan besarkan ^^ Thats my way, my trading system,you all can create your own system. Yang penting jangan dengki bila kawan popit banyak dapat 20 point sedangkan kita amik 11 je,itu adalah sistem dia. Kita ikut sistem kita. Dan bila tgk rege tiba2 je boleh kasi popit smpi 40 point,jgn sesekali bersedih atau mengeluh kerana kita ikut sistem kita ^^ Peringatan untuk aku sebenarnya..hehehe.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan