Hari ni merupakan contract baru bulan ke 3 dalam FCPO di BMD. Kontrak ketiga merupakan kontrak yang lazimnya mempunyai volatiliti dan traded volume yang tertinggid di bandingkan dengan kontrak2 lain. Ini membuatkan kontark bulan ke 3 paling sesuai untuk retailer trader mcm kita mengail dan memukat ^^ O.K disebabkan market pagi ni sideways so aku decide nak berblogging je lah.
Kenapa berniaga FCPO??? Hmm,kepada yang beriktikad forex itu haram, maka ia merupakan alternatif kepada forex. Ianya telah disahkan patuh syariah oleh panel syariah Bursa Malaysia dan ianya sah. Jadi tiada isu ianya scam atau upun penipuan kerana ianya diselia oleh Bursa Malaysia ^^ Ianya juga didagangkan di seluruh dunia sebab FCPO dah listed dalam CME (Chicago Merchantiles Exchange). So volume dah besar la..
Dalam perniagan FCPO ini, RM1 dalam dunia pasaran hadapan adalah = RM25 real time.. untuk penjelasan mudah sila lihat penerangan mudah di bawah :
1. Katakan kita menjangkakan harga CPO naik hari ini, maka kita akan memasuki pasaran dengan harapan membuat position long@buy. posisi ini mestilah ditutup dengan posisi short@sell. Ingat, CPO merupakan 2 ways market, mean kita boleh amik posisi yang kita target samada long atau short.Saya berikan contoh untung dan rugi
a) Long position 1 lot, +1@2425, dan harga meningkat sehingga 2446 kita ambil keputusan untuk closed position (if pada hari yang sama kita panggil intraday,klu esok,lusa atau minggu depan kita panggil overnight@ov) So kita short pada 2446 melengkapkan 1 pair. Maka keuntungan dalam future adalah:
2446-2425 = 21 point@ticks x RM 25 = RM525 - RM25(brokerage fees) = clean popit = RM500.
b) Long position 1 lot , +1@2425, harga menurun ke 2405, maka kita under loss n nak cut loss kita, so kita closed dgn posisi short 2405 bagi melengkapkan 1 pair. Sekarang ni kita beli tinggi,jual balik rendah, so :
2405-2425 = -19 ticks x 25 = -RM475 - RM25 = clean loss = -RM500.
Kalau short dulu pun vice versa je dengan contoh di atas, So actually dalam market CPO ni nak buat duit kena niaga macam ni :
1) Buy Low Sell High
2) Sell High Buy Low
klu vice versa kita rugi maa ^^ Future ni 2 way market berbeza dengan Stocks@saham dia one way je. Kena buy dulu baru boleh sell. FCPO ni bila kita dah ad duit, kita ada minyak sawit mentah ditangan,so ikut kita la nak jual bape n beli balik bape ^^ Sebab tu nak berniaga FCPO kena ada ilmu dahulu,kalau tidak rugi menanti ^^
Meh tengok chart hari ini setakat 12:10 p.m (Kami panggil market camni sideways) TF 5 min
Support = 2439
Resistance = 2419
Korang boleh lihat market tak pecah SnR lagi ^^ So it is a boring market bagi aku.. Bagi Scalper yang berani main tf 1 min, maybe leh la dapat point, korg memang berani la ^^

Tiada ulasan:
Catat Ulasan