Assalamu'alaikum semua ^^ .
Hari ni merupakan hari pertama aku berblogging berkenaan dunia trading ^^ Ini merupakan blog baru aku khusus untuk dunia trading dan aku lebih menjurus kepada dunia FCPO..ape dia FCPO??nanti la aku jelaskan pada sape yang tak tahu..
Aku memilih untuk berblog sebagai perkongsian pengalaman aku yang ciput ini bagi memberi pandangan dan nasihat kepada newbie yang baru nak berjinak2 dalam dunia trading ^^ (aku pun newbie ^^)
Secara umumnya market ini umpama hutan rimba yang penuh dengan perkara-perkara baru yang tidak aku ketahui ^^ Penuh dengan hidupan buas a.k.a 'jerung' ^^ Kepada newbie, jika tidak berhati2 kita akan dimakan oleh hidupan buas ini ^^ Retailer trader macam kita ni merupakan small player sahaja dalam market. So,the main thing yang kita perlu follow adalah follow the trend and follow the market action by big player. Do not ever try to counter trend, unless you are confident enough ^^ and have enough capital k.
Macam mana aku boleh bermula dalam dunia trading ini?? Hmmm,let see, bulan 4 yang lepas,kawan aku dan merupakan cikgu aku dalam Technical analysis untuk silver, Wafi Hartawansilver ada mention ngan aku yang dia nak beralih arah dr forex ke FCPO sebab dia kata forex dah haram pada pandangan mufti. Masa tu aku pun tak tau pape melainkan FCPO stand for Future Crude Palm Oil@ Pasaran Hadapan Minyak Kelapa Sawit Mentah yang didagangkan di Bursa Malaysia Derrivatives@BMD. So aku pun masa tu tgh asyik menjual emas dan perak fizikal,so aku xambil port.
On Jun, my other friend. Kay Mustaffa (Ingat Rumah Ingat Kay Mustaffa - 0137000768) admin kat GLS@Gold Lot Shop di fb. Sekarang beliau ni dah berjinak2 dengan hartanah. Hala tuju kami nampak berbeza, tp actually towards each other gak nanti.Hehehe. Dia ajak aku join basic class berkenaan FCPO ni yang harganya RM250 for half day dari jam 2.00 ptg hingga 7.00 malam. Tok guru pertama aku dalam FCPO dikenali di fb dengan nama Tuan PenjejakX ^^ Dia ajar aku basic berkenaan FCPO dan scalping technique serta disiplin dalam trading ^^ Sangat informatif dan pack,banyak benda baru aku tau dan aku blaja asas Technical Analysis.
So after his class aku pun mula la bukak akaun kat OSK Teluk Intan for CDS (ni tuk saham@ekuiti) dan futures account. So FCPO ni duduk bawah futures acc.So aku mula la paper trade dgn bantuan chart OSK yang free. Sebulan dalam bulan Julai aku buat paper trade, aku dapat buat popit RM2k lebih. So aku pun mula la melawan cakap sifu aku iaitu terus g live trade on August. At the first time aku dapat popit dekat 2k dalam 2 minggu. Aku pun mula la melanggar lagi ajaran beliau iaitu dengan trade lot besar sikit. Nak dijadikan cerita masa niaga lot besar ni la aku mula rugi,dan apabila rugi amalan disiplin pulak aku langgar (revenge la ni) makin terkena, dari popit td akhirnya aku mula rugi sehingga popit td hilang dan loss 1.5k.
Aku stop trading buat seketika di bulan 9 dan 10. Aku mula insaf ^^ dan mula mencari hala tuju baru dalam trading FCPO. Akhirnya aku kembali ke asal,iaitu jika nak buat sesuatu,carilah pakar ^^ Kerana ilmu aku yang basic td belum cukup mantap disebabkan sikap aku yang tamak dan tidak berdisiplin ^^ Actually dalam bulan 8, Wafi call aku tanya minat tak nak g klass dia sbb dia kata dia dah setel training FCPO dan kaedah dia dalam forex boleh diaplikasikan . Yuran 1k. masa tu aku under popit,so aku ckp dgn wafi,aku g kemudian la. Hehehe. Sekali lost daa. Aku cari Wafi balik n tanya pasal klas dia..hehe sekali dah naik harga daa kepada RM3.5k ^^ aku nekad,aku bayar je and aku mula attend kelas dia yg collaborate ngan first sifu aku penjejakX ^^ aku mula attend klas dia pada 3. Nov lepas ^^. Nanti aku cerita berkenaan kelas ni. So nasihat aku pada newbie akan aku listkan dalam post kedua.
Dalam pertengahan bulan 10 plak aku berkenalan dengan remisier OSK Razali Mohammad, Tuan Khalid Embong di seminar beliau. Aku transfer akaun pada Razali disebabkan brokerage fee dia murah ^^ So selamat tinggal OSK Teluk Intan, Welcome OSK Kemaman ^^ Kemudian aku berkenalan pulak dengan sorg lagi remisier OSK iaitu Ridzuan Ibrahim dr OSK Kepong juga pada bulan 10 di Seminar Saham Super Investor yang dikendalikan oleh Faizal Yusup@ Remisier Kenanga dan kawan sekolah aku Zuhri Zain, remisier ECM Libra. Ridzuan sebelum tu mmg aku pernah chatting dgn dia di fb sbb minat nak blaja ilmu swing trade dia. Buat masa ni kelas dia belum dapat attend. Fee RM800 selama 8 jam.
Aku bukak akaun proxy aku di OSK Kepong under ridzuan menggunakan nama wife aku ^^ So dia kenalkan aku dengan 1 group di fb MF plus yang dikendalikan oleh anak murid dia Master Futures. Group ni bayar je RM190/month korg akan dapat live call position ST@swing trade. alhamdulillah,aku masuk group ni ianya ada mendatangkan hasil. Tapi disebabkan aku tgh blaja ilmu wafi dan xmau pening campur aduk,aku put aside dulu ST ni. So sape2 yang nak mula berjinak2 dalam FCPO, aku suggest group ni k ^^ Insyaallah berbaloi ^^ (asalkan korg tak tamak je sebab dia bg live call entry,exit n stop loss korang fikir sendiri)
So far , aku masih under loss, tapi aku gembira sebab aku kenal ramai kawan-kawan baru dan yang paling penting aku jumpa sesuatu yang aku minat iaitu berniaga tapi xpayah nak jumpa orang.Manage sendiri je ^^ Jadi aku berazam sempena Tahun Hijrah baru ni untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam dunia trading FCPO ni. Semoga ada rezeki ku di sini ya Allah. Amin.
Wow Haizid....ade mention nama akuu tuu..hehee...teruskan update...aku folow journal ko nihh...
BalasPadamHehe,mesti la,ko kira sifu saham aku ^^ mana2 yang nak tau pasal saham,teknikal dalam saham,g seminar saham super investor and seminar saham supertech investor anjuran Advance Forwards Training and Consultants.Leh contact saudara Zuhri Zain atau Faizal Yusup k ^^
Padamhahaha.. aku antara kawan baru beliau.. hihihi..
BalasPadamhehe,bro mokhzani,ada pape analisis lg nt leh kongsikan tuk aku tepek sini lg bro ^^ mari meramaikan org trade FCPO supaya volume makin besar^^
Padam